PENDAWAIAN RUMAH KEDIAMAN

Secara amnya, wiring rumah atau pendawaian elektrik adalah sistem penyambungan bekalan elektrik ke premis untuk kegunaan peralatan dan kelengkapan elektrik.

Ia melibatkan pelbagai jenis suis, kabel, wayar dan semestinya kotak meter TNB (Tenaga Nasional Berhad).

Tujuan utama wiring ialah untuk menyediakan bekalan tenaga elektrik yang cukup melalui proses yang selamat digunakan.
Tak semua orang arif tentang wiring ni dan sebab itulah pendawaian elektrik rumah selalunya dipasang oleh orang yang bertauliah, berlesen dan berpengalaman.

Pemasangan pendawaian pula mestilah dilakukan dengan betul dan teliti untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran dan kerosakan perkakas elektrik.


Kerosakan peralatan elektrik akibat pendawaian yang tidak mengikut spesifikasi






 


Pendawaian elektrik juga mempunyai jenisnya yang tersendiri bergantung kepada saiz dan keperluan premis.
Rumah yang kecil seperti rumah teres selalunya memerlukan bekalan FASA1 (One Phase), sementara rumah yang lebih besar seperti banglo pula selalunya memerlukan bekalan FASA 3 (Three Phase).
Anda tak perlu pening-pening tentang semua ini kerana boleh serahkan saja kepada mereka yang mahir seperti WIREMAN atau CHARGEMAN untuk menentukan jenis bekalan yang sesuai.
Andai kata ada keperluan untuk membuat pendawaian atau mempunyai masalah, merekalah yang patut kita rujuk.